TERIMA KASIH ALLAH. Terima Kasih sebab Kau banyak memberi aku peluang. Peluang untuk membaiki kesilapan aku, peluang untuk aku tebus dosa² aku, peluang untuk aku kenal siapa Kau, wahai Tuhan sekalian alam.
Aku syukur.. Syukur yang tak terhingga. Kau benar² uji aku supaya diriku bersih untuk menjadi tetamuMu. Terima Kasih Allah. Terima Kasih kerana Kau telah menjemput aku, seorang hanbaMu yang penuh dengan khilaf & dosa ini pergi menunaikan Umrah di Tanah Suci Makkah dan Madinah. Terima Kasih Allah kerana kau memberikan aku peluang untuk menyatakan rinduku pada Rasul kesayanganMu, Nabi Muhammad saw secara dekat.
Terima Kasih Allah.. Kerana Kau telah memberi aku peluang (macam tak percaya) dapat menyentuh kaabaj bahkan berdoa betul² di Multazam. Allah. Allah. Allahuakbar. Sungguh rasa syukur tak terhingga ku padaMu, Ya Allah tidak mampu ku ucap dek kata-kata.
Terima Kasih Allah.

